Amalan-amalan untuk memperoleh zuriat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙂 harapnya semua sihat2 sahaja ye! Hari ni apa aktiviti anda? melancong bersama keluarga? makan di restoran yang best? gi kenduri kawin? seronok kan bila kita dapat spend masa dengan org2 yang tersayang 🙂

Baiklah hari ni saya nak berkongsi sesuatu yg sgt istimewa, hasil dari pembacaan sy. Bagi pasangan suami isteri yang sedang dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Di samping rawatan moden dan traditional, amalan berikut boleh di amalkan sebagai usaha memperoleh zuriat.
Amalan pertama:
Selepas fajar ataupun solat subuh
  • membaca bismillah
  • berselawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x
  • sujud dan membaca kalimah syahadah 101x
  • semasa bersujud berdoa dan mohonlah kepada Allah apa yang dihajatkan (umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hambaMu zuriat yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat
  • berselawat sebanyak 3x sebagai penutup doa
Amalan Kedua:
  • Bagi Suami, bacalah “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) 11x sebelum bersama
  • Bagi Isteri, bacalah “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan AdaNya) 333x setiap hari
  • Bagi isteri, bacalah “Ya Zaljalaali Wal Ikram” kemudian tiupkan di dalam air dan minum air tersebut
  • Bagi suami dan isteri, amalkan membaca surah Maryam atau Yusuf setiap hari
Amalkan dengan penuh berharap pada Allah agar di makbulkan hasrat untuk mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Berikut pula adalah doa yang baik untuk di amalkan dalam usaha untuk mendapat zuriat:
Surah Ali Imran ayat 38:
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Surah al Anbiya ayat 89:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
Selain dari amalan2 diatas, pasangan suami isteri juga digalakkan  untuk memperbanyakkan sedekah, puasa sunat, qiamullail atau ikhtiar2 lain yang dibenarkan syarak untuk mendapatkan anugerah Allah yang hebat ini. In Shaa Allah, bi iznillah doa hasrat kita akan ditunaikan Allah swt 🙂

Reply

CommentLuv badge