Badan kembali kurus selepas bersalin, adakah ia penangan Shaklee?

Apakah saat yang paling berharga pada seorang wanita selepas berumahtangga? Pada pendapat sayalah ya, saat yang paling berharga adalah apabila mendapat tahu saya bakal menjadi seorang ibu 🙂 It was so precious dan buat saya speechless, tidak tergambar rasa gembira, rasa berdebar pun ada kerana seorang khalifah Allah berada di dalam rahimku, masyaAllah. On the other side sebenarnya saya juga tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa saya semasa sarat mengandung. Adakah saya yang sebelum ini kurus, boleh kembali kepada bentuk badan asal selepas saya bersalin? Dahsyatkan…awal-awal lagi dah terfikir ke situ :p

3 Bulan Pertama badan yang kurus mula…

Selepas mengetahui yang saya hamil, saya mula mencari di mana saya nak check up untuk antenatal care, walaupun sebenarnya kebanyakan kawan-kawan saya ketika itu pergi ke Prince Court. Sementara saya mencari tu saya check up dahulu di Klinik Kesihatan Batu 9. Kalau puan-puan ingat masa kita isi maklumat di buku merah tu ada bahagian sejarah keluarga kan? Terus saya teringatkan keluarga di sebelah ayah yang ada sejarah kencing manis. Masa tu saya tak cakna lagi apakah kesannya jika kita ada kencing semasa hamil. Hanya selepas 3 bulan baru saya sedar kerana dalam tempoh itu berat saya naik 10 kilogram! Saya memang tiada alahan semasa awal kehamilan, tapi saya pun taklah makan beriya sangat kan, biasa-biasa ja. Tapi masih juga berat badan naik mendadak. Terus doktor bagi minum air gula. Berapa bacaan gula saya? 7.9! Sedih. 7.9 ni dalam kategori “impaired glucose tolerance“. Alhamdulillah tak begitu teruk, tapi masih perlu berjaga-jaga kerana ada risiko terhadap ibu dan bayi.

Bermula episod diet kuruskan badan

 Saya sebenarnya sangat tak boleh terima bahawa walaupun saya hamil, saya masih perlu menjaga pemakanan saya. Selepas dapat keputusan pemeriksaan gula, doktor pesan kepada saya untuk kurangkan pengambilan nasi dah hadkan pengambilan buah-buahan kepada yang perlu sahaja. Minuman bergula memang kalau boleh perlu elakkan sama sekali. Milo pun kalau boleh jangan minum. Minum air kosong sahaja. Semasa hamil saya minum susu Anmum, pun doktor nasihatkan untuk tukar kepada susu lain kerana kerana tidak sesuai dengan saya. Stress? Agak la. Bayangkan makan tengahari dengan salad? Tapi apakan daya. Tak mengapa, yang penting bayi dalam kandungan sihat kan? Jadi terpaksalah bersabar 🙂
Anda mungkin meminati artikel ini: Pemakanan Sihat dan Toleransi Glukosa yang Lemah Semasa Hamil
 

Ramadhan bulan rahmat, berat badan terkawal

Alhamdulillah seronok berpuasa pada tahun 2012 tu. Maklumlah tiada bendera merah. Alhamdulillah puasa saya pun dipermudahkan, rasa macam biasa cuma badan rasa berat sikitlah. Masa tu pun bulan yang terakhir sebelum EDD saya iaitu 22 Ogos. Ramadhan menyelamatkan saya kerana tak perlulah saya diet, memang tengah puasa pun 🙂 lega saya. Tak perlu fikir nak makan apalah tengahari ni, makanan apa la yang kurang gula. Lagipun pada bulan-bulan teakhir kehamilan, ibu yang hamil akan mengalami kenaikan berat badan yang lebih cepat. Betulkan puan-puan? Syukur sangat masa tu bulan puasa, jadi saya pun boleh kawal berat badan saya. Akhirnya pada hari terakhir check up, berat badan saya ialah 70kilogram, berbeza 17kilogram dari berat asal saya. Puan-puan pula bagaimana?

Berat badan saya ketika ini 17 kilogram berbeza dari berat asal
Inilah gambar saya semasa 9 bulan hamil. Satu-satunya gambar yang ada 🙂

Oh ya, nak tahu tak rupa-rupanya lepas doktor check, saya dah ada bukaan pun dan saya terus di masukkan ke wad. Maka beberapa jam selepas itu lahirlah Dhia Nur Zahra. alhamdulillah Allah permudahkan (walaupun saya tidak merancang untuk bersalin pada hari tersebut). Pada yang bakal menimang cahaya mata, entri ini mungkin sesuai untuk anda: 11 Tips Penting Sebelum Bersalin

Kuruskan badan selepas bersalin; Shaklee pilihan saya

Pada mulanya saya tak tahu pun Shaklee ni ada set untuk berpantang. Biasa kita dengar set bersalin NR, Felisa, Jamu Mak Dara dan lain-lain. Saya mula berkenalan dengan Shaklee semasa saya hamil 6 bulan. Bermula dengan set hamil saya rasa sangat puas hati kerana kesihatan saya amat baik semasa hamil. Jadi saya terfikir mengapa tidak saya cuba set berpantang Shaklee. Selepas saya mengkaji, saya dapati set pantang ini sangat lengkap. Ia terdiri daripada:
Vitalea Iron Formula (untuk membina darah dan pelengkap nutrisi semasa berpantang)
B Complex (untuk meningkatkan tenaga dan anti-stress)
Sustained Release Vita-C Plus (mencantikkan kulit serta menguatkan sistem pertahanan badan)
Omega Guard (untuk perkembangan otak bayi dan membakar lemak)
Zinc Complex (untuk penyembuhan luka selepas bersalin)
Alfalfa Complex (untuk membantu proses detoks serta mengurangkan retensi air)

dan yang paling penting sekali:
Energizing Soy Protein (ESP) yang memberi saya rasa kenyang yang lama, memberi tenaga, memperbaiki dan memperbaharui tisu serta otot serta memulihkan luka selepas bersalin

Set bersalin Shaklee terdiri daripada Energizing Soy Protein, Vitalea Iron Formula, B Complex, Sustained Release Vita-C Plus, Omega Guard, Alfalfa Complex dan Zinc Complex

Sangat lengkap nutrisi yang ada dalam set ini dan sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin.

Cara pemakanan untuk cepat kurus selepas bersalin

Saya nak berkongsi tips yang saya amalkan untuk cepat kurus selepas bersalin. Setiap pagi saya wajib minum segelas ESP. Saya akan campurkan ESP dengan horlick atau milo, makan bersama biskut Wheatameal. Memang sedap. Itulah sarapan saya panjang dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah tahan kenyang sampai tengahari. Makan tengahari pula nasi putih dengan lauk ikan rebus, sayur hijau dan lobak putih untuk banyakkan susu. Ikan adalah satu pilihan protein yang baik sebab ia kurang lemak berbanding protein daging yang lain. Selepas makan saya akan ambil sebiji vitalea, vitamin c dan b complex untuk tenaga dan menguatkan sistem imun badan. 

Makan malam pula saya ambil sebelum pukul 6 petang dan lauk pun sama seperti tengahari, makan lauk rebus-rebus atau bakar. Pilihan menu sihat dan kurang lemak sangat penting jika kita ingin cepat kurus selepas bersalin. Selepas makan malam pula saya ambil sebiji omega-3 dan dua biji alfalfa. Makan lewat malam memang seboleh-bolehnya saya elakkan. Tapi kalau lapar sangat saya akan bancuh ESP sekali lagi. Begitulah rutin saya setiap hari.

Pada hari ke-42 dalam pantang, saya ada temu janji dengan doktor O&G saya, Dr Fatimah dari Hospital Pakar An-Nur Bangi. Biasalah sebelum masuk berjumpa doktor, nurse akan ambil tekanan darah dan timbang berat badan. Sampai pada giliran saya, saya pun masuk berjumpa doktor. Mula-mula sekali doktor akan periksa bekas luka. Alhamdulillah jahitan tiada masalah. Rahim pun sihat. Yang paling buat saya gembira ialah doktor puji saya kerana badan sudah kurus dan berat badan sudah turun 13kilogram dalam masa 6 minggu! Pada ketika itu saya rasa sangat berbaloi dengan apa yang saya amalkan sepanjang tempoh pantang. Biarlah makan menu yang sama setiap hari asalkan badan kembali kurus selepas bersalin kan? Terlintas di minda saya, adakah ini penangan Shaklee?

Bagaimana? Anda berminat dengan set bersalin ini? Jika ya anda boleh terus ke bahagian e-Sell Post-Natal Care untuk mendapatkannya set ini. Anda juga boleh rujuk panduan membeli dengan e-Sell sebelum membuat pembelian produk Shaklee ya.
 
Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri untuk kuruskan badan selepas bersalin dan saya sangat bersyukur suplemen Shaklee yang saya cuba telah berjaya membantu saya. Di harapkan perkongsian ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk anda. Mungkin anda juga ada pengalaman sendiri atau pasangan yang ingin di kongsikan? Sudi-sudi lah berkongsi pengalaman anda untuk kuruskan badan selepas bersalin di ruangan komen ya. Sekian dari saya. Live Life Healthy!

Reply

CommentLuv badge