Breastfeeding Mom: What are you eating

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~ how are you doing today? Hopefully all of you are doing fine. Alhamdulillah my little princess Dhia Nur Zahra have turn 8 months now. for the last 8 months there were so many things that I’ve experienced and learned. Walau bagaimanapun sudah tentu masih byk yg perlu dipelajari kerana setiap hari ada sahaja perkara baru yg kita akan explore and kita sentiasa perlu keep up with the changes, which is very exciting! Dan maksudnya sudah 8 bulan lah saya menyusukan anak sy Dhia. Very2 challenging indeed. I really respect pada mommies yang mampu menyusu badan dan ada yang smpi anaknya 2 tahun lebih! Perjalanan yg panjang itu sememangnya menuntut tahap kesabaran yang tinggi kan? 
Seseorang ibu merupakan sumber nutrisi kepada bayi mereka. Oleh itu diet yang sihat dan seimbang amat penting untuk memastikan apa yang kita makan memberikan manfaat pada bayi kita. Susu ibu mengandungi antibodi yang unik di mana ia membantu mengelakkan jangkitan penyakit pada bayi. Ibu menyusu perlu memastikan makanan yang di makan berkhasiat dan seimbang, sama seperti diet semasa mengandung. Nutrisi yang baik juga penting untuk mengekalkan kesihatan dan memberi tenaga kepada kita.

Tenaga
  • Ibu menyusu memerlukan makanan yang kaya dengan nutrien serta air yang banyak untuk mengekalkan stamina semasa menghasilkan susu.
  • Ibu menyusu memerlukan kalori tambanan sebanyak 500 kcal sehari
  • Ini boleh ditampung dengan memakan sandwich, buah buahan kering, susu, kekacang dan buah-buahan di antara waktu makan utama
  • Ibu menyusu perlu makan secukupnya dan elakkan dari menurunkan berat badan secara drastik selepas bersalin
  • Semasa menyusu, lemak yang terkumpul semasa mengandung akan digunakan untuk penghasilan susu
  • ‘Crash diet’ tidak digalakkan kerana diet ini tidak membekalkan nutrisi yang seimbang untuk ibu dan bayi
  • Diet yang ideal adalah yang seimbang. Pelbagaikan jenis makanan untuk memastikan nutrien yang penting di peroleh secukupnya
Bijrin
  • Membekalkan karbohidrat yang sgt penting untuk ibu menyusu
  • Pilihlah bijirin penuh untuk fiber dan mineral tambahan
  • Contoh sajian: bubur nasi perang, nasi perang goreng, wholemeal bread, whole grain pasta atau capati
Protein
  • Ibu menyusu memerlukan tambahan protein sebanyak 20g setiap hari
  • Penting untuk tisu serta otot badan yang sihat
  • tambahkan ayam yang sudah dibuang lemak, telur, ikan, susu dan kekacang dalam hidangan utama anda
Asid lemak
  • Ikan merupakan sumber protein dan asid lemak penting yang baik
  • Elakkan makan ikan yang besar kerana ia mungkin mengandungi logam berat seperti merkuri
  • Ikan salmon adalah antara pilihan ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3
  • Omega 3 penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi
Sayur Sayuran dan Buah buahan Segar
  • Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan setiap hari
  • Makan buah semasa sarapan pagi
  • Semasa berpantang, gantikan sayur yang kita tidak boleh makan dengan sayur lain. Contohnya ada yang melarang dari memakan kangkung. Jadi gantikan dengan sayur hijau yang lain supaya kita masih mendapat bekalan nutien penting
Produk tenusu
  • Seorang Ibu tidak memerlukan susu untuk menghasilkan susu
  • Namun semasa penyusuan, pengambilan produk tenusu penting sebagai sumber kalsium dan protein
  • 3 – 4 hidangan produk tenusu seperti susu,keju dan yogurt diperlukan sehari
  • Pilih susu yang rendah lemak
  • Jika anda alergik dengan produk tenusu, boleh gantikan sumber lain seperti kekacang, tauhu atau susu kacang soya
Lemak
  • Sedikit lemak juga diperlukan dalam diet harian kita
  • Pilihlah lemak tak tepu dari minyak sayuran, kacang dan bijian
Air
  • Menyusu badan boleh membuatkan kita cepat haus
  • Patikan anda menyediakan air di tempat anda menyusukan bayi anda
  • Amalkan untuk minum segelas air lepas sesi penyusuan
Menjadi seorang ibu sememangnya menyeronokkan, sampai kadang kala kita tidak sempat untuk menjaga diri sendiri. Walau bagaimanapun, salah satu perkara yang kita boleh lakukan untuk menjaga diri kita ialah amalkan diet yang sihat serta berkhasiat agar kita sihat dan boleh menjadi ibu yang terbaik buat anak2 kita.
Berikut adalah suplemen Shaklee yang baik untuk ibu menyusu:
Tips nutrisi untuk ibu menyusu:
  • Makan atau minum apabila terasa lapar atau dahaga
  • Pengambilan suplemen semulajadi secara konsisten
  • Pelbagaikan diet harian anda
  • Banyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran
  • Pilih makan dari jenis bijian penuh
Ok sekian sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Komen anda sangat saya alu-alukan untuk kita sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman berkenaan penyusuan susu ibu. Moga anda semua mendpat manfaat dari post ini. Jumpa lagi, Live Live Healthy!

Reply

CommentLuv badge