Damaikan Jiwa Dengan Doa Iman

Selepas solat kan, kebiasaannya kita akan membaca doa. Tapi pernahkah anda bertanya pada diri, “sejauh manakah aku faham dan menghayati makna doa ini?”

Itulah apa yang saya rasa dan terlintas di fikiran apabila saya terdengar lagu Doa Iman dari UNIC ni. Bila dihayati liriknya, Ya Allah! Tak sangka rupa-rupanya  lagu itulah maksud doa yang saya baca (dalam erti kata lain hafal) sejak zaman sekolah rendah. Walaupun saya hanya tahu maknanya sekarang, saya bersyukur kerana berkat usaha ustaz ustazah buat amali solat dan tasmi’ zikir dan doa selepas solat, saya boleh mengamalkan doa itu sekarang. Besar pahala mereka mendidik anak-anak murid dengan ilmu agama.

Damaikan jiwa dengan doa iman

Doa mendamaikan jiwa. Sumber: blogfyna.com

Cuba anda hayati lirik lagu ini. Adakan anda juga dapat rasa suasana yang mendamaikan dalam jiwa anda? Dalam lagu inilah terdapat Doa Iman.

Selalu Bersama – IM Nazrul & IM Fakhrul ft. Fakhrul UNIC

Andai kau rasa
Indahnya cinta
Kau ingin selalu bersama

Setiap saat
Setiap waktu
Seakan tidak jemu

Begitulah jiwa
Yang kekosongan
Iman jangan dipisahkan

Saat kau hadir
Memberi kekuatan
Membakar semangat perjuangan

Jagalah dia
Hiasilah dia
Agar sentiasa bersedia

Allahumma ahyina bil iman,
Allahumma amitsna bil iman,
Allahummah syurna bil iman,
Wa adkhilnal jannata ma’al iman,

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukan ke syurgaMu dengan iman

Terkadang selalu leka dan alpa
Itu lumrah manusia
Segeralah mohon taubat padaNya
Keampunan juga keredhaan
Selalu Bersama

Lirik : Bazli UNIC
Lagu : Fakhrul UNIC

Seronok bila kita faham makna doa yang kita baca. Ia membuatkan “connection” kita dengan Allah s.w.t lebih kuat dan rasa lebih dekat dengan Dia. Bila connection bagus, jiwa lebih tenang, damai dan “everything will fall into place”. Itulah “Kuasa Doa“.

Reply

CommentLuv badge