Denggi

Assalamualaikum!
How are you people? I really hope all of you are doing great. 🙂 
Risau dengan keadaan sekarang. Kat kawasan rumah korang banyak tak kes denggi? Yup kawasan rumah saya memang banyak sangat kes denggi. Negeri Selangor pun mencatatkan kes denggi yang tertinggi buat masa sekarang ni.
Last week or last two weeks pun Astro Awani ada menyiarkan kisah wartawan mereka Samson yang meninggal kerana kes demam denggi. Sedih dan hiba juga perasaan apabila mendengar temuramah wartawan astro awani bersama isteri arwah. Ia lah, siapa yang sangka, ingatkan demam biasa, tetapi rupa rupanya denggi. 
Tanda dan gejala denggi yang di alami arwah adalah demam yang berpanjangan. Biasanya kalau anda mengalami tanda ini di nasihatkan membuat pemeriksaan darah untuk memastikan samada anda mengalami demam denggi atau tidak. Antara tanda lain adalah sakit otot atau sendi, atau muntah dan kurang selera makan.
Kalau kita tengok orang yang demam denggi ni memang kesian sangat. Ahli keluarga saya sendiri pun ada yang pernah kena…ummi dan abang saya. Memang takde selera nak makan, tak bermaya. Admitted to Hospital Kajang, doktor masukkan platlet dan air. Masa tu pun adik bongsu hampir hampir kena, tapi awal awal lagi abah saya dah kasi minum 100 plus  (not sure whether it’s really related or not btw :p ) dan makan ubat demam + antibiotik supaya demam cepat kebah.
Baru baru ni pun ada seorang kawan saya pun melalui perkara yang sama. Mula mula dia contact saya untuk order Nutriferon (klik di sini) dan Performance drink. Saya tanya kawan saya tu…
       “Are you ok?”
       “I kene denggi la babe”
       “Is it serious? Are you admitted”
       “No no no. But my platelet is low. So I need something to boost it. I red somewhere and they said Nutriferon is good and Performance can help to keep away dehydration”
       “Yup it can help InsyaAllah. Ok I’ll pass it to you husband then”
After 2 days, I contacted her back and she said that she is ok. Platelet dah ok dah. Alhamdulillah…
Untuk anda yang sedang mencari suplemen untuk membantu mengurangkan simptom demam denggi boleh klik link suplemen untuk kesihatan semasa demam denggi untuk terus ke bahagian e-sell Shaklee.
Tapi susah jugak ye…because she needs to berulang alik dari rumah ke hospital untuk check darah. Alhamdulillah everything goes fine and dia kembali sihat 🙂

Pencegahan

Sebenarnya pada masa sekarang ni tiada pun vaksin untuk mengubati demam denggi. Tapi apa apa pun masih ada langkah pencegahan yang boleh diambil. Ini saya baca dari laman http://www.myhealth.gov.my/
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. 
  • Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong.
  •  Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
===============
Ok harapnye dengan perkongsian info ni serba sedikit dapat membantu anda untuk menjaga diri dan keluarga dari jangkitan demam denggi ye. InsyaAllah saya doakan mudah mudahan Allah melindungi kita dari jangkitan penyakit ni.
Terima kasih meluangkan masa anda untuk membaca coretan saya!
Live Life Healthy! 🙂

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan sampingan?
Ingin menjana 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Syahida untuk:-
FREE CONSULTATION
HARGA TERBAIK &
PELUANG BISNES DENGAN SHAKLEE!!!
Syahida Ismail
Shaklee ID : 891103
syazidah@gmail.com
019-623 3691 (Call, SMS, WhatsApp)

Reply

CommentLuv badge