Hilangkan Rasa Sakit Anda Semasa Haid

Assalamualaikum semua!!! Apa khabar? Wah dah lama sgt2 dah rasenye tak menulis ni. Rasa rindu sgt2 nak bercerita bercorat coret dgn anda semua… Alhamdulillah hari ni diberi kelapangan sedikit selepas mengalami period month end dan beginning of month yg sgt bz!!!!! isk3… seb baik la kwn2 di opis dan bos sentiasa memberi support kepada patik…kalau tak ade juge yg guling2 kt opis tu.. heheh..
Hari ni nk share pasal period pain….sbnrnye tadi ptg kawan saya Nani bercerita pasal period pain dia…kesian kawan sy ni smpi muntah2…tak larat sgt smpikan masa nak buat air kat dapur pun die boleh terduduk kat lantai… tu la balik ni sy search2 ape yg sy boleh tlg kawan saya ni…cemane sy nak kurangkan sakit period die.
Punca senggugut
Masa tempoh ovulasi, dinding uterus akan menebal utk menyediakan tempat yg subur utk embrio melekat. Tapi sekiranya telur tidak disenyawakan, dinding2 ni akan runtuh dan keluar sebagai period. Semasa proses ini apa yang berlaku ialah prostaglandin akan di rembeskan. Prostaglandin ni berfungsi untuk  mengecutkan rahim bagi mengeluarkan darah period tadi tu. Tapi prostaglandin yg berlebihan akan membuatkankan contraction rahim menjadi lebih significant dan itulah yg menyebabkan senggugut.
Tips bagi mengatasi senggugut
Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa senggugut antaranya meletakkan beg berisi air panas pada perut dan menggosok bahagian abdomen dgn perlahan untuk memberikan sedikit kelegaan dari rasa sakit. Malah ada juga yang memilih untuk menelan pil menstrual untuk menghilangkan rasa sakit. Mungkin cara ini berkesan namun kesan jangka masa panjang mungkin ada kerana ubat ubatan ini mengandungi dadah atau hormon yg boleh menjejaskan badan apabila diambil dlm tempoh yang lama.
Maka cara yang lebih selamat adalah, dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan pastikan anda mendapat nutrisi yang boleh membantu mengurangkan period pain dalam diet harian anda.
Nutrisi yang membantu mengurangkan period pain:
Kalsium: mengurangkan kekejangan otot dan membantu dalam tindakbalas regangan dan penguncupan otot
Magnesium: meningkatkan ketahanan pada rasa sakit
Vitamin B3: boleh melegakan kekejangan haid dengan menyebabkan vasodilation yang meningkatkan aliran darah dan oksigen ke rahim.
Vitamin B6: boleh mengurangkan kekejangan yang dikaitkan dengan PMS dengan meningkatkan tahap magnesium yang diserap ke dalam sel-sel
Asid Lemak: Gamma linoleik Acid atau GLA, merupakan asid lemak omega-6. GLA dari minyak borage mempunyai ciri ciri anti-radang, yang boleh menyekat pembentukan prostaglandin
Vitamin E: vitamin larut lemak yang dikenali sebagai antioksidan yg boleh memberi manfaat semasa kitaran haid. Period pain boleh dirawat dengan vitamin E dalam dos yang ditambah 150-800 IU sehari. Menurut Obgyn.net, satu kajian telah dijalankan ke atas wanita yang mengalami dysmenorrhea dan mendapati bahawa selepas memberi wanita-wanita ini suplemen vitamin E, 70 peratus daripada wanita diuji mengalami perubahan pada senggugut selepas dua kitaran.
Jadi bagi kakak2 dan adik2 di luar sana, pastikan pengambilan makanan anda berkhasiat dan bertepatan dgn piramid makanan. Makan makanan yang mengandungi nutrien penting seperti yang disebutkan diatas bagi mengatasi sakit semasa datang bulan. Selain daripada pengambilan makanan yang berkhasiat, suplemen juga boleh membantu bagi memenuhi keperluan nutrien harian anda. Jangan biarkan period pain mengganggu kerjakerja seharian anda. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk semua dan selamat mencuba! Sekian, Live Life Healthy!
Syahida Ismail [Syida]  

Shaklee Independent Distributor [ID No : 891103]

019-6233691| 0390829640| syazidah@gmail.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Reply

CommentLuv badge