Kesan Toksin yang Berlebihan dalam Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~ hihi pg ni u all keje ke cuti? ok kepada yg bekerja tu work smart ok dan pada yg bercuti tu enjoy your holiday~ u~ bestnye cuti…share la korg pegi mane blh sy decide tempat utk celebrate anniversary nanti 🙂

Ok pd entry ini sy ingin menyambung topik post yg lepas iaitu toksin. Ada yang bertanya ape effectnye kalo toksin ni stay dalam badan kite? moh kite tgk~

Kesan toksin terhadap badan kita ni berbeza-beza, mengikut tahap atau kuantiti bahan kimia berbahaya dalam badan. It also varies according to individual, depending on exposure to the chemical. Berikut adalah antara bahaya toksin:

Masalah di Saluran Gastrousus: saluran gastrousus merupakan laluan penting bagi menyingkirkan toksin dari badan. Masalah tertentu saluran gastrousus boleh meningkatkan tahap toksin di dalam badan. Individu yang mempunyai jumlah toksin yang tinggi akan menunjukkan gejala seperti keradangan pada lapisan saluran, sembelit, buasir, ulser perut, senak perut, dan diverticulitis.

Ketidakseimbangan Hormon: Xenoestrogens, sejenis toksin yang apabila memasuki badan cenderung untuk bertindak seperti hormon wanita, estrogen. Toksin ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon di kalangan wanita, yang membawa kepada gejala-gejala endometriosis dan sindrom prahaid (PMS). Pada lelaki, toksin ini boleh mengurangkan jumlah sperma dengan meningkatkan tahap estrogen.

Radang: Toksin boleh mencetuskan keradangan. Keradangan itu boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan seperti penyakit Alzheimer, penyakit asma jantung, dan artritis. Jika seorang individu sudah mengidap mana-mana penyakit yang disebutkan di atas, maka toksin dalam badan boleh membuatkan keadaan penyakit ini lebih teruk.

Masalah Berkaitan Kulit: kulit menghapuskan toksin melalui peluh. Jika liang pada kulit tersumbat dengan toksin, ia boleh mencetuskan tindak balas alergi yang banyak. Reaksi-reaksi ini boleh membawa kepada pelbagai masalah kulit berkaitan seperti ruam, jerawat, psoriasis dan ekzema. So kepada wanita di luar sana, hati-hati bila menggunakan produk kecantikan ye. Ini termasuklah penggunaan sunscreen, krim muka, lotion dan alat mekap. Pastikan anda memilih produk yang bebas dari bahan kimia yang merbahaya. 

Masalah Kognitif: Toksin boleh membawa kepada banyak masalah kognitif seperti kehilangan ingatan, perubahan mood dan tidak berupaya untuk berfikir dengan jelas. Lebihan toksin atau pendedahan berlebihan kepada toksin juga boleh menyebabkan gejala yang sama dengan demensia, walaupun di kalangan orang muda.

Cane u all ade tak mengalami masalah-masalah seperti yang sy sebutkan tadi? Kalau ade better act now. Don’t wait until it become severe, as i said before, it can caused damage to our internal organ and up to some extend it can cause death. So be careful, take care of yourself and Live Life Healthy ya!

Syahida Ismail [Syida]  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 891103]
019-6233691| 0390829640| syazidah@gmail.com

Reply

CommentLuv badge