Kulit sihat cantik berseri dengan vitamin E!

Assalamualaikum warahmatullah~ apa khabar semua pembaca-pembaca blog & bloggers2 sekalian…alhamdulillah hari ni rasa teruja sangat! Sebab apa? Sebab gembira sangat melihat kejayaan kawan2 yang merangkul pelbagai anugerah di Persidangan Nasional Shaklee (bahasa kebangsaan tu~) yang di adakan di Bandar Sunway. Meriah sangat tengok gambar2 mereka! Sihat, cantik dan menawan semuanya. Ada yang siap bergambar dengan Roger Barnett lagi. Wah…. Nampaknya saya harus berusaha lebih keras lagi supaya tahun depan saya boleh bersama-sama mereka di pentas Shaklee!
Lokasi gambar di Sunway Convention Center. Dhia berumur 10 bulan di temani Nenda
Dhia Nur Zahra bersama tok mi Patimah Salleh

Kulit sihat cantik berseri…’inside out’

Semua orang sukakan kulit yang sihat, cantik dan berseri bukan? Nak kelihatan cantik di hari bahagia…nak kelihatan cantik untuk orang yang tersayang…nak bina keyakinan diri…betul tak? Jadi hari ni saya nak kongsikan dengan anda semua, bagaimana nak menjaga kesihatan kulit dengan vitamin E. Yalah, faktor cuaca di Malaysia yang beriklim khatulistiwa ni memang akan menyebabkan kulit kita senang berminyak dan menjadi lebih sensitif. Tambahan pula lapisan ozon kan semakin menipis, jadi sinaran uv lebih mudah merosakkan sel-sel kulit kita.

Dambaan para wanita kerana mampu memberikan keyakinan pada seseorang
Kulit sihat cantik dan berseri boleh menambahkan lagi keyakinan seseorang

Vitamin E antioksidan yang hebat! Menyihatkan dan mencantikkan kulit

Mungkin ramai yang tertanya tanya apakah fungsi antioksidan dalam badan kita. Sebenarnya antioksidan seperti vitamin E, vitamin C, vitamin A dan co enzim Q10 bertindak sebagai perisai sel. Ia melindungi sel daripada diserang oleh radikal bebas. Radikal bebas ini boleh terhasil dari proses semulajadi badan seperti bernafas, atau mungkin dari faktor luaran seperti pencemaran dari udara (asap kenderaan, asap rokok, kawasan industri) atau pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera yang mengandungi banyak bahan kimia di dalamnya atau mungkin dari sinaran uv dari matahari.

Jadi bagaimana vitamin E berperanan untuk menjaga kulit? Ia menjaga kulit dengan memelihara sel kulit dari radikal bebas dan secara tak langsung memelihara keremajaan kulit agar tidak nampak tua dari usia yang sebenar. Dalam erti kata lain ia membantu wajah lebih awet muda dan berseri! Selain itu ia juga berupaya memelihara DNA. Apakah kesan jika DNA sel kulit kita rosak? Kita mungkin akan mengalami alergi pada kulit, dan lebih teruk boleh menyebabkan kanser kulit (delete – nauzubillahi minzalik). Saya pasti kita semua pasti mahu menjaga kulit agar ia sentiasa sihat.

Kesan aplikasi vitamin E pada kulit?

Terdapat banyak manfaat vitamin E kepada kita, bukan sahaja pada kulit tapi kepada kesihatan secara keseluruhannya. Pada entri ini kita lihat apa kebaikan vitamin E apabila di aplikasi pada kulit.

Vitamin E sebagai pelembap kulit

Vitamin E adalah pelembap kulit yang baik, boleh menjadi pengganti yang sihat kepada losyen yang sarat dengan bahan-bahan merbahaya seperti alkohol dan bahan kimia di mana dalam jangka masa panjang, boleh menghakis pelembap semula jadi kulit. Vitamin E bukan sahaja menyediakan kelembapan yang diperlukan untuk kulit, tetapi kehadiran antioksidan di dalamnya memudahkan proses penyembuhan dalam kes kecederaan. Walau bagaimanapun sapuan minyak vitamin E di waktu siang adalah kurang sesuai kerana ia tebal dan lebih melekit. Sapuan sebelum tidur adalah lebih sesuai untuk penyembuhan dan pemeliharaan kulit.

Vitamin E memberi manfaat anti-penuaan

Apabila usia meningkat, pembaharuan sel dan pengeluaran kolagen dalam kulit semakin perlahan, menyebabkan ia kehilangan keanjalan. Diet yang tidak sihat, pencemaran dan pendedahan kepada bahan kimia pula mempercepatkan proses penuaan, menjadikan kulit kendur dan membosankan dek penampilan garis-garis halus dan kedutan. Disebabkan kehadiran antioksidan yang terdapat dalam vitamin E, sapuan pada muka bukan sahaja membantu dalam memudarkan garis-garis halus dan kedutan tetapi ia juga menghalang pembentukan mereka pada masa akan datang. Oleh itu, ia memastikan kulit sentiasa tegang dan anjal.

Vitamin E merawat ‘sunburn’

Vitamin E juga berkesan dalam mengurangkan kesan ‘sunburn’ matahari yang kecil. Apabila digunakan pada kulit, ia mudah diserap oleh epidermis dan menyembuhkan kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinar ultraungu. Untuk bantuan segera, minyak ini hendaklah digunakan dua kali sehari di kawasan ‘sunburn’.

Vitamin E merawat Tompok Hitam

Tompok hitam boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti kerosakan radikal bebas, penuaan, masalah hati dan lain-lain. Vitamin E amat berkesan dalam mencegah dan membaiki kerosakan radikal bebas. Sapuan pada tompok hitam membantu melincirkan membran sel di mana ia menggalakkan pertumbuhan semula sel yang seterusnya membantu untuk melicinkan kulit kering dan mencerahkan tompok hitam.

Vitamin E sebagai Ejen Pembersihan

Vitamin E adalah ‘pembersih universal’ kerana ia sesuai dengan semua jenis kulit. Kotoran, sel-sel kulit mati dan serpihan yang terkumpul pada lapisan atas kulit muka membuatkan ia kelihatan kusam dan letih. Dengan menuangkan beberapa titik vitamin E pada kapas dan sapukan pada muka dua kali sehari mampu memberi kesan pembersihan yang mendalam dan membuatkan kulit tampak bercahaya dan berseri.

Rawatan bawah mata dengan Vitamin E

Vitamin E menjadi pelembap yang hebat, sesuai untuk aplikasi di mana-mana walaupun pada kawasan-kawasan sensitif di sekeliling mata. Jika digunakan pada kulit di sekeliling mata selepas mandi, ia membantu dalam pencegahan pembentukan garis-garis halus dan menjadikan kulit di kawasan mata kekal bermaya.

Anda mungkin meminati entri ini: Jerawat! ape nak buat ni????

Vita-E Complex, perbezaan Shaklee

Vita-E Complex dari Shaklee ini diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E. Mengandungi d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi yang digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ianya merupakan suplemen vitamin E yang lengkap di pasaran.

D-alpha tocopherol juga merupakan sejenis vitamin E semula jadi. Periksa label sebelum memilih kerana dalam pasaran juga terdapat vitamin E dalam bentuk sintetik yang anda boleh kenal pasti dengan nama “Dl”. Kenal pasti perbezaan vitamin E semulajadi dan sintetik sebelum anda membeli suplemen di pasaran ya. Vitamin ini turut mengandungi ekstrak biji anggur dan selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu otot.

Cadangan pengambilan Vita-E Complex

Untuk kesihatan kulit, makan 1 biji Vita-E Complex bersama 1 biji Vita-C Plus setiap hari selepas makan supaya ia dapat melindungi kulit dari radikal bebas dan memperbaiki struktur kulit dari dalam. Untuk kesan yang lebih menyeluruh boleh amalkan juga Collagen Powder satu sachet setiap hari, atau 2 hari sekali atau 3 hari sekali selepas bangun tidur atau sebelum tidur (dimakan semasa perut kosong). Dengan mengamalkan tips ini secara konsisten dan air yang mencukupi (+/- 3 liter setiap hari), insyaAllah anda akan dapat  merasa perubahan yang positif pada kulit tetapi bergantung kepada individu.

Anda berminat dengan Set Kecantikan Kulit ini? Boleh terus ke bahagian e-Sell Healthy Beauty untuk pembelian. Sila rujuk pada entri Beli Produk Shaklee Secara Online! Kini Lebih Mudah dengan Fungsi e-Sell untuk panduan membeli melalui e-Sell

Vita-E Complex Beli 6 Percuma 1!

Sudah tahu Promosi Jun 2014 ni apa? Yup! Promosi bulan ni adalah Vita-E Complex. Promosi bulan ni memang amat istimewa tau! Nak tahu mengapa? Kerana dengan setiap pembelian set ini anda layak untuk mendapat:

☆ keahlian Shaklee secara PERCUMA yang bernilai RM65!
☆ BONUS PERIBADI dari Shaklee bernilai RM35.70!! (Bonus peribadi ini boleh bertambah mengikut jualan anda pada bulan ini juga)
☆ ganjaran sebagai ahli Shaklee seumur hidup!!! Ini termasuklah menikmati belian produk Shaklee dengan harga ahli (10-30% lebih murah dari harga pasaran), peluang memiliki 3C (cash, car, conference!!!) dari Shaklee.
☆ yang lebih istimewa… peluang mengubah diri menjadi seorang yang zero to HERO!!!! Ini tidak terhad kepada berjaya dalam kerjaya atau bisnes, tetapi juga berubah menjadi insan yang lebih cemerlang dalam menjalani kehidupan dunia sebelum kehidupan abadi di akhirat InsyaAllah…

Ia adalah vitamin E semulajadi yang baik untuk jantung, kolon, prostat dan imuniti
Harga pasaran Vita-E Complex adalah RM149 untuk 120biji yang tahan selama 4 bulan! Untuk lebih berbaloi pastikan anda mendaftar sebagai ahli untuk menikmatinya pada harga ahli ya!
Ok itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Harapan saya semoga info ini dapat membantu anda semua dalam menyelesaikan permasalahan berkenaan dengan kulit. Pastikan anda juga menjaga kesihatan kulit dengan menjaga pemakanan, senaman dan menggunakan produk penjagaan muka agak kulit cantik, sihat dan berseri dari dalam dan luar. Anda ada sebarang komen, perkongsian dan pertanyaan? Boleh tinggalkan di ruangan komen ya!

Live life healthy minna san~ Wassalam…

Anda inginkan suplemen terbaik untuk diri dan keluarga?
Anda ingin menjana pedapatan sampingan?
Anda ingin menjana pendapatan dari rumah?
Anda ingin tambah nilai hidup anda dan orang di sekeliling?

Ia adalah Shaklee!

Hubungi saya untuk…

KONSULTASI PERCUMA
&
PELUANG BISNES SHAKLEE

Syahida Ismail
Shaklee ID: 891103
syazidah@gmail.com
019 623 3691 (SMS/WhatsApp)

Reply

CommentLuv badge