Multivitamin…Do I Need It? Yes, we all need it

Assalamualaikum and good day everyone….Alhamdulillah malam jumaat yang penuh barakah…how are you feeling today? Penat? huhu ok let us see ada tak suplemen Shaklee yang sesuai untuk mengembalikan kecergasan dan memberikan kesihatan yang menyeluruh kepada anda. Kebetulan saya ada dapat satu soalan dari seorg kakak ni…”Syida2…kalo kite nak start mkn Shaklee nak start dengan ape ye?” ok jawapannya mudah sahaja…start with the basic, multivitamin and multiminerals, vitamin B complex, vitamin C and protein. These are the vital nutrients needed for your total body wellness 🙂 

Ok today i would like to share with all of you one of the product in Family Total Wellness set; which is one of signature product by Dr. Shaklee; Vitalea Iron Formula; the multivitamins and multiminerals supplement.

Sebelum itu mari kita kenali apa itu Multivitamin…

Multivitamin adalah makanan tambahan yang datang dalam bentuk tablet, kapsul atau pil dan menyediakan anda dengan pelbagai vitamin dan mineral. Mengambil multivitamin setiap hari boleh memberikan beberapa manfaat kepada kesihatan kita. Antara waktu dan sebab kita memerlukan multivitamin ialah:

Ketika sembuh dari penyakit; badan kita yang lemah mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya segala nutrient untuk sembuh dari penyakit. Jadi sengan pengambilan multivitamin, badan kita akan mendapat nutrien yang di perlukan untuk pulih dah kembali sihat seperti sediakala.

Pemakanan yang terhad; you need to eat a wide range of food to gain the nutrient needed by your body. Tapi tak semua orang boleh makan semua benda. Jadi dengan mengambil multivitamin, anda dapat memenuhi keperluan nutrien harian anda tanpa menambah kalori yang tak diperlukan oleh badan. Anda juga memerlukan multivitamin kalo anda seorg “picky eater”, atau ada alergik pada certain2 makanan, atau seorg vegetarian. Kalau anda sedang menurunkan berat  badan pun, sudah pastinya anda memerlukan multivitamin untuk memastikan koordinasi tubuh masih berjalan lancar.

Keperluan semasa mengandung dan menyusu bayi; wanita yang mengandung memerlukan viamin dan mineral tambahan untuk memastikan tumbesaran bayi yg optimum dan pada masa yang sama mengekalkan kesihatan ibu yg mengandung. Pengambilan multivitamin secara tetap membantu mengurangkan risiko kecacatan atau masalah pada bayi semasa di dalam kandungan atau sewaktu kelahiran. Breastfeeding mommies pula memerlukan multivitamin untuk memberi mereka tenaga untuk menyusukan bayi dan bagi memastikan penghasilan susu badan tidak terjejas dgn stress dan seumpamanya.

Memperbaiki fungsi kognitif badan; seiring dengan peningkatan usia, fungsi kognitif badan akan turut akan mengalami penurunan. Pengambilan multivitamin boleh mengatasi masalah kekurangan “micronutrient” sekaligus memperbaiki fungsi kognitif badan.

Memberikan tenaga; multivitamin mengandungi vitamin B dan vitamin C yang penting dalam penghasilan tenaga. Pelajar dan orang dewasa yang bekerja sangat di sarankan untuk mengambil multivitamin setiap hari untuk memberikan tenaga dan response fizikal yang lebih baik kepada “stressful life” seorg pelajar kolej dan life di tempat kerja.

Vita-Lea® Iron Formula; Multivitamin & Multimineral


Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Semestinya anda harus memilih Shaklee kerana ia sgt istimewa dan berbeza dengan produk multivitamin yang lain;

1) Kemajuan Saintifik; Disokong oleh tujuh kajian klinikal
2) Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif; Teknologi salutan mikro membantu dalam  meningkatkan penyerapan asid folik (yang tidak mudah diserap oleh badan) dan vitamin B yang lain yang penting dalam membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
3) Kualiti yang luar biasa; Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Antara kepentingan vitamin dan mineral yang terkandung dlam Vitalea:

Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari proses metabolisme protein dan lemak*
Vitamin C  Antioksidan dan perlindungan dari radikal bebas*
Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*

Vitamin E – Menyokong kesihatan selular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*

Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Kromium  Mengawal paras gula dalam darah

Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Dalam keadaan masa kini, masalah pencemaran, bahan aditif dalam makanan, buah buahan dan sayur sayuran yg dicemari baja kimia dan tekanan hidup menyukarkan kita untuk mendapatkan nutrient yg lengkap dari pemakanan kita. Sebab itulah kita memerlukan multivitamin dan semestinya yang berkesan, selamat dan semulajadi dari Shaklee. Vitalea Ion Formula sangat sesuai untuk diambil oleh semua golongan, tidak mengira usia tua atau muda, lelaki atau wanita. Untuk kanak kanak pula Shaklee ada menyediakan Vitalea for kids. Hopefully dengan pengambilan suplemen ini kesihatan anda akan bertambah baik dan hidup lebih bahagia. Tiada gunanya harta apabila kesihatan tidak terjaga. Bolehlah hadiahkan suplemen Shaklee sebagai tanda kasih sayang anda kepada ibu, ayah, isteri, suami dan anak2 anda. Semoga anda akan terus Live Life Healthy di samping keluarga tercinta! Sehingga berjumpa lagi! 😀

Syahida Ismail [Syida]  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 891103]
019-6233691| 0390829640| syazidah@gmail.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Reply

CommentLuv badge