Nak Turunkan Berat Badan? Ketahui Nota Penting dalam Pengurusan Berat Badan dan Bagaimana Shaklee Membantu Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa aktiviti hujung minggu anda? Pergi kenduri kahwin? Musim cuti sekolahlah katakan. Selamat Pengantin Baru ye pada yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ni. Ok hari ni saya nak share tip untuk kurus. Sebut pasal kurus mesti ramai yang teruja ye tak? bagi yang nak kahwin tu ha~ kalo tak jaga badan karang tak muat pulak baju kahwin nanti. Yang dah kahwin pulak, ai takkan mase sebelum kahwin je nak namapk menawan kan? Mestila lepas kahwin pun kene maintain betul tak abang-abang, kakak-kakak dan adik-adikku semua…

Makan jangan tak makan, tapi ikut keperluan kalori badan anda

Jadi bila kita cakap pasal nak turunkan berat badan, first thing first, jangan tak makan. Ramai yang beranggapan bila kita tak makan berat badan akan turun. Not as simple as that ye, sebab sebenarnya bila kita tak makan, badan akan menjadi lemah, dan badan akan menghantar signal pada otot untuk melambatkan sistem metabolisme, sekaligus melambatkan proses pembakaran lemak dalam badan.

Adalah penting untuk anda memastikan pengambilan makanan yang mengandungi nutrien, vitamin dan mineral yang penting pada tahap yang diperlukan oleh badan. Kerana kekurangan nutrien akan memberi risiko pada kesihatan anda. Nanti berat badan tak turun, kita pulak yang dapat penyakit.

Tips untuk memilih makanan

Kunci kejayaan dalam menurunkan berat badan ialah dengan mengawal pengambilan kalori dari makanan anda. Semasa menurunkan berat badan, ia adalah penting untuk makan makanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda mendapat vitamin, mineral dan nutrien yang anda perlu untuk kesihatan yang baik. Fokus pada makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap warna, bijirin, produk tenusu dan sumber protein tanpa lemak. Kurangkan saiz hidangan anda dan elakkan makanan yang bergula tinggi. Nutrien penting yang membantu semasa proses penurunan berat badan adalah:

Serat : memberi rasa kenyang dan mengurangkan nafsu makan. Ia juga membantu menyingkirkan bahan buangan dalam badan anda. Sumber makanan: epal, oat, barli
Folat: membantu metabolisme makanan. Sumber makanan: bayam dan brokoli
Asid lemak: membantu untuk meningkatkan metabolisme badan anda supaya anda boleh membakar lebih banyak kalori lebih cepat. Sumber makanan: badam (diambil dengan kuantiti sederhana kerana ia tinggi kalori)
Kalsium: apabila digabungkan dengan sebatian bioaktif lain (seperti yang dijumpai dalam yogurt) melambatkan proses membuat lemak dan meningkatkan pembakaran lemak, terutama di sekitar bahagian tengah. Makan yogurt pada waktu pagi untuk menggalakan metabolisme anda.
Protein: membantu anda membakar kalori dan mengurangkan berat badan dengan membina tisu otot, yang boleh membakar kalori tambahan dan meningkatkan metabolisme anda. Ia juga memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu anda untuk mengurangkan saiz hidangan tanpa rasa lapar selepas makan. Pilih protein yang kurang lemak seperti ikan atau protein tumbuhan berbanding sumber protein yang tinggi lemak atau kolestrol. 

Makanan Tambahan Shaklee yang membantu menurunkan berat badan:


Cinch™ Shake Mix

CInch Shake Mix mengandungi Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
– Ianya bebas Laktosa – membantu bagi mereka yang mengalami “lactosa intolerance”
– Rendah glisemik – pelepasan tenaga secara berkala
– ia menggunakan soya semulajadi, bukan menggunakan “genetically modified soy”

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa kenyanng semasa menurunkan berat badan.
– Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
– Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas
– Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan
– boleh menggantikan pengambilan makanan yang tidak sihat atau junk food

OmegaGuard™ 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Asid lemak ini membakar lemak dengan membantu badan untuk bertindak balas dengan hormon “Leptin”. Leptin berupaya untuk mengawal selera makan sekaligus membantu kita untuk mengawal dan menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga berupaya meningkatkan metabolisme badan dengan meningkatkan pengeluaran tiroid sekaligus membakar kalori untuk tenaga.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

Lecithin
 Lecithin bertindak sebagai pengemulsi lemak dan menghalangnya daripada melekat pada dinding membrane. Ia juga membantu mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap daripada makanan dengan mengubah kolesterol kepada bahan yang lebih larut air yang kemudiannya akan disingkirkan melalui sistem perkumuhan.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg
lecithin.

*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

                                                                                    

Peranan vitamin dan mineral semasa menurunkan berat badan

Vitamin dan mineral bertindak sebagai “catalyst”, mempertingkatkan proses kimia dalam badan yang membantu dalam penurunan berat badan. Gabungan vitamin ini membantu menghilangkan berat anda dengan membenarkan badan untuk memetabolismekan dan memproses makanan yang anda makan:

Vitamin A: membantu pembentukan sel darah merah dalam badan. Ia juga membantu dalam penyingkiran radikal bebas yang dihasilkan daripada metabolisme oksigen.
Vitamin B: penting untuk metabolisme protein dan karbohidrat:
Vitamin B12: membantu dalam pembentukan sel darah merah. Sel darah merah menghantar oksigen kepada badan. Jika anda bersenam untuk menurunkan berat badan, peningkatan dalam sel-sel darah merah boleh meningkatkan daya tahan anda dengan meningkatkan kecekapan badan anda dalam menghasilkan tenaga.
Vitamin B2: membantu badan menggunakan oksigen lebih cekap
Biotin dan asid Pantothenic sokongan sihat metabolisma karbohidrat.
Magnesium: Banyak reaksi kimia metabolisme bergantung kepada mineral ini. Ia juga diperlukan untuk pembentukan protein adenosina trifosfat atau ATP yang merupakan unit tenaga dalam tubuh manusia. Ia diperlukan oleh setiap sel untuk berfungsi.
Kromium: Nutrien ini khusus terlibat dengan metabolisme gula. Kromium membantu mengekalkan paras gula darah yang normal dengan meningkatkan kesan insulin.

Perhatian: kebanyakan vitamin yang menyokong metabolisme dan berat badan adalah larut air. Ini bermakna mereka tidak disimpan di dalam kuantiti yang besar di dalam badan. Oleh itu, untuk mendapatkan manfaat terbesar vitamin untuk penurunan berat badan, anda perlukan pengambilan suplemen mengikut jadual yang tetap dan dos yang diperlukan.


Makanan Tambahan Shaklee yang membekalkan vitamin dan mineral semasa menurunkan berat badan:


Vitalea Iron Formula – Multi vitamin & Multi mineral
Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
– Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
– Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
– Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
– Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
– Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

*Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.
                                                                                    

Singkirkan toksin

Toksin boleh terkumpul dalam badan disebabkan oleh stress, pewarna tiruan atau perasa tambahan dalam makanan dan bahan kimia dalam produk yang anda gunakan seharian. Toksin yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan ia masuk ke dalam saluran darah dan memberikan beban pada organ dalam badan kita. Dengan mengurangkan tekanan ini, ia akan membuat penurunan berat badan lebih mudah dan meningkatkan kesihatan tubuh. 

Alfalfa Complex

Detoks adalah satu proses semulajadi badan untuk meneutralkan serta untuk menyingkirkan toksin-toksin yang berada di dalam badan. Namun faktor tekanan, pencemaran dan pemakanan yang tidak sihat memberi beban tambahan pada badan dan menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan.

Apabila toksin tidak disingkirkan ia akan membawa kepada penyakit serta boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon, fungsi imun terjejas, kekurangan nutrien, dan metabolisme tidak cekap.

Alfalfa adalah bahan semulajadi yang terkenal sebagai diuretik dan menyahtoksin badan. Ia juga digunakan secara traditional untuk meperbaiki sistem penghadaman, gastrousus dan masalah sembelit.

Herb-Lax™ 

Herb-LaxTM Shaklee
didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*


Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago
sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

Dalam pengurusan berat badan adalah penting untuk memastikan sistem penghadaman berfungsi dengan baik agar ia dapat menyerap semua nutrien dari makanan untuk keperluan badan.

                                                                                    




Usaha untuk menurunkan berat badan tidak hanya melalui pemakanan sahaja. Sebaik-baiknya sertakan dengan aktiviti fizikal seperti jogging atau senaman aerobik. Pastikan juga anda minum air yang secukupnya untuk memastikan tubuh kekal terhidrat kerana air juga penting untuk sistem tubuh badan berfungsi dengan baik. 

Anda ingin berkongsi tips untuk menurunkan berat badan yang lain? Feel free to comment ya 😀 All the best everyone and Live Life Healthy!

Syahida Ismail [Syida]  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 891103]
019-6233691| 0390829640| syazidah@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No Responses - Add Comment

Reply

CommentLuv badge