Nutrisi Semasa Hamil, Bahaya Kekurangan Nutrisi Serta Amalan Pemakanan Tidak Sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~ Ape khabar anda hari ni? Ha? Stress?? Releks la… Cool~ Live Life Cool… Banyak keje? Its ok… Let us list down all the works, and then put priority which one should come first. Boss nak sume skali serentak? Ai tak agak2 boss…  Hehehe… Takpe try to discuss with them ok? Ehem sebenarnye saye pun dah 2 hari tak masuk keje ni…Sure berlambak dah email dalam mailbox tu… Hopefully tomorrow I can face it dgn cool~ jugak ^-^ Entry hari ni saya tujukan khas buat ibu-ibu yang sedang hamil, bakal ibu yang sedang dalam perancangan untuk hamil dan suami2, bakal suami, serta pembaca budiman sekalian
Pemakanan yang betul adalah amat penting semasa mengandung. Semasa hamil, seorang wanita perlu makan dengan betul dan mengambil vitamin pranatal untuk mengekalkan kesihatan diri dan bayi yang sedang membesar. Pemakanan yang tidak sihat, kekurangan vitamin dan mineral, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap ibu dan bayi.
Apabila sedang hamil, apa-apa makanan yang kita makan boleh memberi manfaat atau mudarat pada perkembangan bayi. Ia juga boleh memberi kesan pada kesihatan diri kita sendiri dalam jangka panjang. Walau bagaimanapun, apa-apa risiko yang berkaitan dengan nutrisi boleh dicegah dengan penjagaan perubatan/suplemen yang betul, diet yang sihat dan kesedaran mengenai makanan yang harus dihadkan atau dielakkan.
Kalori
Wanita hamil perlu memastikan jumlah kalori yang diambil seharian adalah mencukupi. Diet dengan kalori terlalu sedikit atau makanan yang kurang berkhasiat boleh menyebabkan si ibu kekurangan berat badan semasa mengandung. Mereka yang tidak mempunyai berat badan yang cukup boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang, tidak cukup berat atau dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, masalah dengan otak atau keupayaan untuk menghantar mesej kepada badan.

Tanpa kalori yang cukup juga, sel-sel akan memecahkan protein untuk memberikan tenaga untuk wanita hamil dan bukannya menggunakan protein untuk perkembangan janin.

Asid Folik

Beberapa nutrien diperlukan dalam dos yang lebih besar semasa mengandung, kerana ia membantu mencegah kecacatan kelahiran. Asid folik adalah satu nutrien tersebut, dan anda harus mendapatkan 400-600 mcg setiap hari. Asid folik yang mencukupi mengurangkan risiko kecacatan tiub neural atau kecacatan tulang belakang dan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi.

Asid folik adalah vitamin B yang penting untuk pembangunan tulang belakang dan otak bayi. Ia boleh didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin dan kekacang. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mendapatkan asid folik yang mencukupi daripada diet semata-mata. Ia perlu diambil melalui pemakanan tambahan.
Zat Besi
Zat Besi adalah penting kerana tubuh anda memerlukannya untuk membuat hemoglobin yang mengangkut oksigen kepada badan anda dan janin anda. Kekurangan zat besi semasa mengandung boleh menyebabkan anemia, mengakibatkan keletihan, pucat dan lemah. 
Kalsium
Wanita hamil memerlukan lebih dari 1000 mg kalsium yang disyorkan untuk wanita dewasa. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi akan menyebabkan janin mengambilnya daripada tulang ibu, menyebabkan tulang lemah dan rapuh (which leads to osteoporosis) . Kalsium yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan tulang bayi menjadi lembut dan rapuh. 
Vitamin D

Kekurangan vitamin D pada ibu boleh menyebabkan bayi untuk mendapat penyakit riket

Protein
Diet yang rendah protein mengurangkan pengembangan isipadu darah, dimana bayi berpotensi untuk gagal mendapatkan khasiat yang cukup melalui plasenta untuk membesar dan berkembang dengan sepatutnya. Ini meningkatkan risiko berat badan rendah kepada bayi semasa lahir.

Zink 

Tahap zink yang rendah boleh menyebabkan bayi yang luar biasa kecil dan masa bersalin yang lama.

Alkohol, plumbum dan merkuri

Minum alkohol semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan masalah pembelajaran / tingkah laku di kalangan kanak-kanak. Plumbum pula boleh meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang dan melambatkan perkembangan kanak-kanak. Merkuri yang ditemui dalam makanan laut sperti ikan, juga telah dikaitkan dengan komplikasi neurologi. 
Omega 3
Asid Lemak omega-3 membantu dalam perkembangan daya kognitif bayi dan baik untuk penglihatan juga. Antara sumber asid lemak omega 3 adalah ikan. Walau bagaimanapun ibu-ibu mengandung dinasihatkan untuk mengambil ikan yang rendah merkuri seperti ikan salmon dan tuna 

Kafein

Kafein meningkatkan risiko keguguran, menurut laman web BabyCenter.com. Pastikan pengambilan kafein anda pada atau di bawah 200 mg – atau satu 8-oz. cawan kopi setiap hari. 

Mengapa supplemen perlu?

Golongan wanita digalakkan untuk mengambil vitamin pranatal/supplemen, bukan sahaja semasa mengandung tetapi sebelum mengandung lagi. la mengandungi kuantiti harian yang disyorkan bagi semua vitamin dan mineral yang diperlukan, termasuk asid folik. Satu lagi kelebihan pengambilan suplemen ini ialah wanita hamil akan mendapat semua nutrien yang diperlukan, walaupun mereka muntah atau tidak makan seperti yang sepatutnya.


Eksklusif dari Shaklee untuk anda~ [memang terbaiklah!!]

Energizing Soy Protein: Memberikan 14 g protein dalam setiap hidangannya, ia merupakan soya semulajadi dan tidak diubahsuai secara genetik. Protein berfungsi untuk membina dan memperbaiki tisu dalam badan. Nilai indeks glisemiknya yang rendah memberikan anda tenaga yang tahan lebih lama. Ia juga rendak lemak, tiada kolestrol dan rendah laktosa. Sesuai bagi mereka yang mengalami “lactose intolerance”.

Vitalea Iron Formula: mengandungi 28 vitamin dan mineral termasuk zat besi untuk memenuhi keperluan nutrien harian anda.


B Complex: mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Keistimewaan B Complex Shaklee ialah ia mengandungi sistem bioaktif berpaten yang membantu penyerapan asid folik yg lebih optimum


Sustained Release Vitamin C: Sistem pelepesan berperingkatnya memastikan badan anda mendapat bekalan vitamin C dengan lebih efisyen. Ia bertindak sebagai antioksidan bagi memelihara sel- sel dalam badan, menguatkan sistem imun dan membantu dalam pembentukan kolagen dalam sel kulit


Ostematrix: mengandungi 1000mg kalsium, 400mg magnesium, 400 IU vitamin D dalam setiap sajian bagi menampung keperluan kalsium harian anda. Kapletnya juga mempunyai salut yang mudah di telan.


OmegaGuard: Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.  Ia membantu untuk mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

Wanita hamil memerlukan berat badan untuk kehamilan yang sihat, tetapi pemakanan yang tidak sihat boleh membawa kepada pertambahan berat badan yang tidak sepatutnya. Sepatutnya bagi wanita yang mempunyai berat badan yang normal, had kenaikan berat badan adalah antara 10 hingga 15 kg. Ramai jugak yang kata, takpelah kita makan untuk 2 orang. tapi sebenarnya tak banyak beza sangat pun keperluan kalori kita. Kita mungkin memerlukan extra 300 kalori selepas masuk trimester kedua. 300 kalori tu blh dapat dari segelas susu dan snek yang simple seperti sandwich. Yelah nanti naik berat badan banyak2 susah pulak nak turun kan. Lagipun kalau berat badan kita bertambah pada kadar yang sepatutnya, ia akan mengurangkan ketidakselesaan pada badan kita terutamanya kaki dan pinggang.

So awasi diet seharian kita k… Kurangkan makan makanan manis coz it will give us extra kalori tp khasiat die kurang. Kalau boleh setiap kali checkup tu, monitor berat badan kite. Pastikan ia naik, tp naik pada kadar yang sepatutnye. Sebab kalo berat badan naik banyak sgt ade risiko kite diabetes dan bile diabetes ade risiko kite terpaksa bersalin secara cesarean. Takut tak~ Ok semua, hopefully anda semua berjaya la dalam menjaga kesihatan semasa mengandung. Pesanan untuk suami2… Jagalah isteri anda sebaik2nya k… Jangan ape yang isteri mintak korg bagi je… Hehe…  Kene tapis jugak mane yang tak bagus k… Alright, Live Life Healthy everyone!

Syahida Ismail [Syida]  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 891103]
019-6233691| 0390829640| syazidah@gmail.com



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Reply

CommentLuv badge