Beli Produk Shaklee Secara Online! Kini Lebih Mudah dengan Fungsi e-Sell

Hari ni dah masuk hari ke-7 kita berada dalam bulan Ramadhan kan? pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa. 5 Hari di ofis pun rasa sekejap je dah hari Jumaat. 
Ok…hari ni saya ingin berkongsi fungsi baru yang terdapat dalam blog saya iaitu “e-Sell”. Hanya perlu klik link e-Sell ini dan anda boleh membuat pembelian barangan Shaklee secara online! Anda boleh lihat pada bahagian atas blog ini. Saya sudahpun menambah beberapa link yang akan menghubungkan anda terus ke shopping cart Shaklee. Jom saya terangkan langkah demi langkah ya.

Langkah 1: Pilih target kesihatan anda. Contohnya “Healthy Beauty“.


Langkah 2: Satu window baru akan keluar. Di sini anda sudah pun berada dalam website Shaklee. Anda boleh baca “Online Ordering Agreement” dari Shaklee dan tandakan butang “Agree”. Kemudian kilik “Next”.

Langkah 3: Senarai produk yang sesuai dengan target anda akan keluar. Anda boleh “Tick/Untick” mana-mana produk yang anda mahu. Mungkin stok vitamin E anda ada lagi, jadi anda boleh “Untick”kotak Vita-E Complex. Sudah pasti dengan pilihan anda? Klik “Checkout”

Langkah  4: Masukkan butir-butir peribadi anda untuk tujuan penghantaran. Pastikan maklumat yang di masukkan betul dan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah semasa penghantaran. Kemudian klik “Continue”
Langkah 5: Periksa “Order Summary” anda. Pastikan produk dan maklumat anda adalah seperti yang anda pilih sebelumnya. Kemudian klik “Proceed for Payment”.
Langkah 6: Masukkan maklumat pembayaran. Pilih jenis kad kredit/debit anda (Visa/Mastercard), nyatakan nama di atas kad, number kad, tarikh luput dan 3 kod di belakang kad anda. Selepas selesai memasukkan maklumat tersebut, klik “Proceed Payment”
 

Ok selepas ini anda hanya perlu masukkan kata laluan untuk transaksi anda yang akan anda terima melalui  telefon bimbit. Sesudah anda sahkan transaksi, anda sudah pun selesai membuat pembelian anda. Tahniah! Mudah bukan?

Cara ini lebih mudah jika anda memang sudah biasa membuat belian produk Shaklee. Bagi yang baru ingin mencuba dan perlukan konsultasi jangan risau, anda hanya perlu email atau sms atau whatapps saya untuk sebarang pertanyaan ya.

Ingin saya ingatkan di sini, transaksi melalui e-sell adalah menggunakan harga pasaran. Jika anda berhasrat untuk membeli pada harga ahli, boleh log in ke www.shaklee2u.com.my. dengan no ID Shaklee anda. Anda belum mendaftar sebagai ahli? Boleh ke link Daftar Ahli Baru Shaklee atau hubungi saya untuk saya bantu anda ya. Yuran Ahli hanya RM75, RM65 untuk kit ahli dan RM10 untuk pengeposan kit ahli.

Ok itu sahaja dari saya. Sebarang maklumbalas boleh tinggalkan di ruangan komen ya. Terima kasih dan selamat menunaikan ibadah puasa!

Jumpa lagi…Live Life Healthy!

No Responses - Add Comment

Reply

CommentLuv badge