Tips Hamil


Assalamualaikum dan apa khabar semua…hopefully everyone are doing great…rasa tensi dgn keje di opis yang tak habis2? Hehe…samalah kita…kdg2 rase tak larat tp bila sy pikir2 balik takpe la…be cool n senyum je…hihi…takpe2 dah tggjwb kita sebagai pekerja kan…buatlah sebaik yg boleh huhu~ boleh dapat pahala ibadat ye tak ♥

Ok hari ni sy nak kongsi tips untuk hamil lah. Kate org, kite merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik2 perancang. namun kita sbgai hambaNya di tuntut untuk berusaha, then selepas berusaha kita serahkan segalanya pada Allah 🙂 ok jom kite tgk ape tips2 untuk hamil k! [Di petik dam Alamhamil.com]

11 Tip untuk hamil dengan cepat

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda.

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal.

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda.

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Tingkatkan kebarangkalian untuk hamil

Fahami kedudukan yang paling efektif untuk menambahkan kebarangkalian sperma bersenyawa dengan ovum

6. Tingkatkan kesuburan suami.

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu, anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

– Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)

– Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.

– Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats

– Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

– Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

– Memasak

– Bersenam

– Mendengar muzik

– Membaca dan mendengar audiobooks

– Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri

– Habiskan masa dengan kawan dan keluarga

– Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Sumber : Portal Alamhamil

Ha begitulah serba sedikit tips yg ada. Nampaknya faktor pemakanan turut menyumbang dalam pada usaha kita untuk hamil. Jadi pastikan mkn yg anda mkn berkhasiat dan kurg kan makanan berlemak ye. Pengambilan suplemen yg semulajadi juga membantu. Shaklee menawarkan produk2 yang berkualiti yang mampu memenuhi keperluan anda. Jom kite tgk produk ape yang sesuai sebagai persediaan untuk hamil.

1) Family Wellness Set: mengandungi multivitamin Vitalea Iron Formula, B Complex, Vitamin C dan Energizing Soy Protein. Set ini bagus untuk

– menjaga kesihatan badan secara menyeluruh

– membantu anda berasa lebih bertenaga

– menguatkan sistem imun

– membekalkan khasiat untuk otot, tulang

– keseimbangan hormon

2) Women Health Set: sesuai untuk wanita. Set ini amat baik untuk

Membantu melegakan simptom senggugut dan menopause

– Menggalakkan kulit yang cantik

– Menggalakkan tulang yang kuat

– Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

– Melegakan sakit2 sendi

3) Men’s Vital Health Set: khusus untuk lelaki. Set ini baik untuk

– Memelihara kesihatan prostat

– Meningkatkan kesihatan dan kecergasan badan

– Memelihara jantung yang sihat

– Membantu mengekalkan tekanan darah normal

– Mengawal tahap kolestrol yang sihat

Untuk mengetahui amalan-amalan serta doa yang boleh di baca untuk mendapat zuriat boleh baca di sini.

Kehamilan merupakan sesuatu yang diimpikan oleh semua pasangan suami isteri. Ada orang rezekinya cepat dan ada pula yang menunggu dalam tempoh yang lama sebelum mendapat zuriat. Berusaha dan jangan lupa berdoa pada Allah swt. Jika masih belum berjaya mungkin boleh di usahakan untuk berjumpa dengan pakar perubatan untuk melakukan body screening dan mendapat nasihat pakar. Semoga bermanfaat buat semua ya.

Live Life Healthy everyone!

Reply

CommentLuv badge